2026-08-10 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,10 Ogos – Myanmar bersedia membawa pulang kira-kira 5,000 pelarian negara itu yang berada di Malaysia menggunakan kapal,kata Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Mohamad turut menegaskan,isu pelarian perlu ditangani oleh ASEAN secara bersama,termasuk terus memberi tekanan kepada Myanmar untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi memulihkan keamanan di negara itu.
Tiada tempoh masa khusus ditetapkan ketika ini,namun proses itu perlu disegerakan selepas saringan sewajarnya dilaksanakan.
“Yang penting adalah keselamatan dalam negara Myanmar itu sendiri perlu ada dulu supaya mereka ini tidak dihantar balik,kemudian keluar balik. Jadi,itu kita nak lihat,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan persetujuan Myanmar untuk menerima semula 5,000 pelarian negara itu dari Malaysia hasil rundingan antara kedua-dua kerajaan.
Keputusan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu tersebut yang berlarutan,di samping memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur