2026-08-11 HaiPress

Foto AFP
SYDNEY,11 Ogos– Pihak berkuasa Australia akan melaksanakan vaksinasi terhadap spesies burung yang dikenal pasti sangat terdedah kepada virus selesema burung H5 yang amat mudah berjangkit.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Adalah sukar untuk menangkap burung liar sekali,apatah lagi dua kali,” katanya lagi.
“Sekiranya vaksinasi terhadap burung liar dapat dilakukan,kami akan berbuat demikian,tetapi keutamaan adalah memberikan vaksin kepada burung yang berada dalam kurungan.”
Sementara itu,Menteri Pertanian,Julie Collins berkata,Australia perlu bersedia menghadapi lebih banyak kejadian membabitkan kematian besar-besaran unggas.
“Keadaan ini akan terus merebak ke seluruh negara,” ujarnya.
Spesies burung liar yang paling terjejas akibat virus H5 termasuk unggas air,burung pesisir pantai,burung laut dan burung pemangsa.
Setakat Isnin,pihak berkuasa melaporkan 231 kes disahkan atau disyaki positif virus selesema burung H5 di Australia.
Bagaimanapun,tiada kes dikesan dalam industri ternakan atau sektor pengeluaran pertanian negara.
Hampir separuh daripada spesies burung liar Australia serta 83 peratus spesies mamalia di negara itu tidak ditemukan di mana-mana tempat lain di dunia.
Virus selesema burung H5 membunuh lebih 13,000 anak gajah laut selepas menjangkiti koloni pembiakan di Kepulauan Heard dan McDonald yang terpencil,menurut saintis Australia pada Jun. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur