2026-08-17 HaiPress

Foto fail: Presiden Zambia,Hakainde Hichilema,ketika pelancaran kempen pilihan raya partinya di Lusaka,Zambia,pada 28 Jun 2026./ REUTERS
LUSAKA,17 Ogos – Presiden Zambia Hakainde Hichilema mendahului dalam Pilihan Raya Presiden negara itu pada Ahad selepas meraih lebih 1.5 juta undi membabitkan 135 daripada 226 kawasan pilihan raya yang telah dikira,lapor Anadolu Ajansi (AA).
RINGKASAN BERITA AI
−
Antara pencapaian yang diketengahkan beliau ialah penstrukturan semula hutang negara yang tinggi,pemulihan sektor perlombongan serta peningkatan sokongan sektor sosial menerusi program seperti pendidikan percuma untuk murid sekolah rendah dan menengah awam.
Mundubile,55,seorang peguam,pula menyaksikan gabungan pembangkang yang disertainya turut memenangi beberapa kerusi Parlimen,khususnya di kawasan pilihan raya sepanjang koridor bandar Zambia yang merentasi Lusaka dan Copperbelt.
Menurut Perlembagaan Zambia,calon presiden perlu memperoleh lebih 50 peratus undi sah untuk diisytiharkan sebagai Presiden.
Sekiranya tiada calon mencapai ambang itu pada pusingan pertama,pusingan penentuan akan diadakan antara calon yang mendahului. – BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur