2026-08-17 HaiPress

Gelombang haba berturut-turut di seluruh Eropah memburukkan keadaan kemarau dan meningkatkan risiko kebakaran./ REUTERS
SALAMINA,17 Ogos – Dua maut dalam kebakaran hutan yang melanda pulau Salamina,Greece,pada Ahad,manakala beberapa lagi cedera ketika kebakaran merebak dengan pantas di pulau di barat Athens.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beberapa rumah dilaporkan rosak,manakala lima individu menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan tempatan.
Kebakaran berlaku ketika Greece memasuki hujung minggu cuti musim panas paling sibuk sempena sambutan Assumption pada 15 Ogos,yang menyaksikan ramai penduduk Athens berkunjung ke pulau-pulau berdekatan termasuk Salamina.
Pada Ahad,pulau itu diletakkan di bawah amaran risiko kebakaran hutan tinggi.
Bagaimanapun punca kebakaran masih belum diketahui.
Gelombang haba berturut-turut di seluruh Eropah turut memburukkan keadaan kemarau dan menyebabkan tumbuh-tumbuhan menjadi amat kering,sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan di Greece,Sepanyol dan Perancis. – REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur