2026-08-18 HaiPress

Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU,18 Ogos – Projek Rancangan pelaksanaan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Bukit Chagar bakal diperkukuh dengan satu lagi jaringan pengangkutan awam tambahan menerusi pembinaan Jejambat terus antara RTS Link dan KTMB Komuter,bernilai RM60 juta yang telah diluluskan kerajaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan berkaitan,projek RTS Link kini memasuki fasa ujian dan pentauliahan selepas kerja fizikal serta pemasangan sistem di kedua-dua negara disiapkan.
Fasa berkenaan merangkumi ‘System Integration Test’,‘fault-free run’ dan ‘trial run’ sebelum perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.
Mengulas mengenai kadar tambang perkhidmatan tersebut,Loke menjelaskan,perkara itu akan diumumkan secara bersama antara Menteri Pengangkutan Malaysia dan Singapura dalam masa terdekat.
Katanya,perbincangan mengenai kadar tambang kini berada pada perkembangan positif dan sedang dimuktamadkan.
“Memandangkan ini merupakan projek dua hala antara Malaysia dan Singapura,pengumuman rasmi berkaitan tarikh sebenar operasi serta kadar tambang akan dibuat secara serentak oleh kedua-dua negara,” katanya.
RTS Link menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur