2026-08-18 HaiPress

Foto AFP
BANDAR ABBAS,18 Ogos – Selepas berbulan-bulan terpaksa berhenti turun ke laut akibat konflik,nelayan Iran di sepanjang Selat Hormuz kini mula kembali bekerja demi menyara keluarga meskipun masih berdepan risiko keselamatan dan kerosakan peralatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jelas Mohammad-Amin,pukatnya kini kerap tersangkut pada serpihan kapal dan sisa perang di laut sehingga memaksanya menggantikan peralatan berulang kali.
“Kami sudah menggantikan empat pukat setakat ini sejak kembali bekerja.
“Laut sudah tercemar sebelum ini dan kini menjadi lebih teruk dengan serpihan kapal-kapal ini,” katanya.
Seorang lagi nelayan,Bagher Abbaszadeh,39 tahun berkata,ketidaktentuan konflik menyebabkan komuniti nelayan masih dibayangi kebimbangan meskipun mereka sudah kembali bekerja.
“Kami sudah tentu bimbang perang akan bermula semula.
“Apa sahaja yang berlaku akhirnya,saya berharap ia akan memihak kepada rakyat biasa,” katanya.
Sementara itu,Hossein,53 tahun,berkata nelayan tidak mempunyai banyak pilihan selain kembali ke laut kerana itu satu-satunya sumber pendapatan mereka.
“Kalau kami tidak bekerja,dari mana kami hendak mendapatkan wang?” katanya.
Menurut media Iran,kira-kira 12 nelayan terbunuh di perairan Bandar Abbas dan pulau-pulau selatan berdekatan,manakala 17 nelatan dari wilayah Sistan-Baluchistan dilapor hilang sepanjang konflik. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur