2026-08-19 HaiPress

Foto REUTERS
LONDON,19 Ogos – Seorang maut manakala 207 lagi jatuh sakit akibat salmonela di United Kingdom (UK) yang dipercayai mungkin berpunca daripada makanan yang menggunakan telur import,menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mereka yang terjejas terdiri daripada bayi hingga individu berusia 90 tahun,dengan lebih satu pertiga memerlukan rawatan di hospital.
Bagaimanapun,UKHSA memaklumkan kebanyakan pesakit pulih tanpa memerlukan rawatan.
“Kami bekerjasama dengan Agensi Piawaian Makanan dan agensi kesihatan awam lain untuk menyiasat wabak salmonela yang mungkin dikaitkan dengan telur import dari luar UK,” kata pakar epidemiologi utama bagi jangkitan gastrousus UKHSA,Hannah Charles.
Salmonela boleh ditemukan dalam pelbagai sumber makanan termasuk ayam,daging dan telur mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna. – BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur