2026-08-21 HaiPress

Foto AFP
ISLAMABAD,21 Ogos – Bekas Perdana Menteri Pakistan,Imran Khan,yang sedang menjalani hukuman penjara,dipindahkan ke Hospital Antarabangsa Shifa di Islamabad bagi menjalani pemeriksaan perubatan atas arahan Mahkamah Agung.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pemindahan itu dibuat selepas peguam Khan mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung,dengan mendakwa beliau mengalami masalah kesihatan dan memerlukan pemeriksaan perubatan.
Mahkamah pada Selasa lalu mengarahkan Khan dimasukkan ke hospital dalam tempoh dua hari.
Mahkamah turut menetapkan Khan dibenarkan bertemu keluarganya sekali seminggu serta bercakap dengan anak lelakinya melalui telefon dua kali seminggu.
Panel pakar perubatan akan dibentuk bagi menguruskan rawatan Khan,manakala adiknya,Uzma Khan yang juga doktor perubatan,dibenarkan mengambil bahagian dalam rawatan berkenaan.
Awal tahun ini,Khan menerima rawatan mata di sebuah hospital selepas keluarganya mendakwa beliau kehilangan sebahagian besar penglihatan pada mata kanannya.
Khan dan isterinya,Bushra Bibi,masing-masing dijatuhi hukuman penjara 17 tahun pada akhir tahun lalu selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah dan beberapa kesalahan lain.
Khan,yang dipenjarakan sejak 2023,bagaimanapun menafikan pertuduhan terhadapnya dan mendakwa kes berkenaan bermotifkan politik.
Beliau menjadi Perdana Menteri Pakistan dari 2018 hingga 2022 sebelum digulingkan menerusi undi tidak percaya ketika negara itu dilanda krisis politik dan ketegangan antara kerajaan pimpinannya dengan pihak ketenteraan.
Penahanan Khan pada Mei 2023 mencetuskan demonstrasi besar-besaran di seluruh Pakistan.-AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur