2026-08-21 HaiPress

Foto FB Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,21 Ogos – Malaysia dan Pakistan bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan menerusi penubuhan ‘Working Group‘ antara kedua-dua kementerian bagi menyelaras tindakan susulan secara lebih tersusun dan berkesan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Saifuddin Nasution,hubungan erat Malaysia-Pakistan perlu disokong kerjasama yang kukuh antara institusi keselamatan dan penguatkuasaan kedua-dua negara.
Katanya,pertemuan itu turut membuka ruang untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang praktikal,berimpak serta dapat diterjemahkan kepada tindakan susulan yang jelas.
Dalam pertemuan berkenaan,beliau turut menyampaikan salam daripada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,selain menzahirkan penghargaan terhadap peranan Pakistan dalam memudah cara dialog antarabangsa yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Saifuddin Nasution berkata,Malaysia turut berkongsi pengalaman dalam membantu memudah cara rundingan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja.
“Pengalaman kedua-dua negara membuktikan bahawa dialog,diplomasi dan kerjasama kekal sebagai asas penting dalam menghadapi cabaran keselamatan dan geopolitik yang semakin kompleks,” katanya.
Beliau yakin hubungan lebih erat antara institusi keselamatan dan penguatkuasaan Malaysia serta Pakistan akan terus menyumbang kepada keamanan,kestabilan dan kesejahteraan serantau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur