2026-08-21 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Ogos – Ahli perniagaan tempatan perlu meningkatkan keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI),teknologi dan perubahan tingkah laku pengguna bagi memastikan perniagaan kekal berdaya saing di peringkat global.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,World Marketing Summit (WMS) Malaysia 2026 yang kembali ke Malaysia selepas 13 tahun bakal menjadi platform untuk pemain industri mendapatkan pengetahuan dan pengalaman secara langsung daripada lebih 30 pakar global.
Faridah berkata,perkongsian daripada pakar yang mempunyai pengalaman sebenar dalam bidang masing-masing membolehkan peserta memperoleh pengetahuan yang boleh diterapkan terus ke dalam organisasi.
“Mereka akan tahu perkara-perkara terbaru daripada orang yang betul-betul melakukannya. Ini bukan daripada pendidik sahaja atau ahli akademik sahaja. Ini daripada orang yang betul-betul melakukannya,orang yang mempunyai penyelesaian terbukti untuk dikongsi dengan semua orang.
“Jadi,apa yang didengar boleh dibawa pulang dan dilaksanakan”,ujar beliau.
WMS Malaysia 2026 anjuran Kotler Impact Asia akan berlangsung pada 4 dan 5 November ini di Kuala Lumpur Convention Centre.
Persidangan itu akan mengetengahkan perkembangan pemasaran generasi baharu,AI,teknologi,kepimpinan dan inovasi,selain membincangkan bagaimana teknologi mengubah cara organisasi memahami pelanggan,membina jenama,membuat keputusan serta meneroka pasaran baharu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur