2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto Bernama
PUTRAJAYA,3 September - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysiake Jakarta,Indonesia dalam rangka lawatan kerja rasmi bermula esok hingga Jumaat (6Sep) sempenaForum Kelestarian Indonesia (ISF) 2024.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dijangka menyampaikan ucaptama di ISF atas jemputan kerajaan Indonesia dan kehadirannya bakalmemperkukuhkan imej sertaperanan Malaysia dalamagenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa.
Iaterutamanya dalam visi peralihan tenaga selain menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendirian Malaysia berhubung agendakemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui pelbagai inisiatif adalah penting untukdiketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024.
"Selain itu,ia turutmenunjukkan ketersediaan Malaysia dalam melaksanakan peralihansecara lestari kepadapelabur asing agar boleh meningkatkankeyakinan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia sekali gus mendorongpelabur menyempurnakan agenda kemampanan sertamatlamat alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG)," menurutPETRA.
Fadillah juga dijangka membuatkunjungan hormat ke atas Menteri Koordinasi BidangKemaritiman dan Investasi Republik IndonesiaLuhut Binsar Pandjaitan selaindijadual bertemudiaspora Malaysia di Jakarta bagiberkongsi mengenai usaha dan inisiatif pembangunan terkini negara dalam aspek peralihan tenaga. - Bernama
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur