2026-08-24 HaiPress

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melafazkan ikrar pada Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 1/2026 PLKN di Kem Latihan Khidmat Negara 505 Askar Wataniah (AW) hari ini / foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Ogos – Seramai 200 alumni pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal menyertai perbarisan sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ia melibatkan 106 pelatih wanita di Kem 504 AW Bukit Keteri,Perlis; 442 pelatih lelaki di Kem 505 AW Pekan,Pahang; serta 247 pelatih wanita di Kem 515 AW Kuala Lumpur.
Dalam pada itu,Tan Sri Dr Abdul Aziz berkata jumlah peserta PLKN 3.0 Siri 4/2026 akan ditingkatkan menerusi penambahan kem CLKN,termasuk dengan memanfaatkan pusat latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Kita akan tambah pelatih dan mungkin menggunakan pusat latihan RELA yang mencukupi. Dengan gabungan pusat latihan RELA dan kem sedia ada,kita boleh melatih lebih 1,000 pelatih pada satu-satu masa,” katanya.
Sementara itu,penerima Anugerah Wira Muda Ulung Siri 3/2026,Cheyenne Alessandra Michael,18,berkata penyertaannya dalam PLKN dibuat secara sukarela atas minat mendalam untuk menceburi bidang ketenteraan.
Katanya,latihan selama 45 hari itu bukan sahaja meningkatkan tahap disiplin dan kemahiran berkomunikasi,malah menyemarakkan semangat patriotisme dalam dirinya.
“Program ini benar-benar meningkatkan semangat patriotik saya. Sekarang saya lebih bersemangat kerana mendapat pengalaman berharga bersama anggota tentera di kem ini yang meluaskan lagi pandangan saya,” katanya.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur