2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Seorang lelaki ditahan ketika leka mengisi diesel ke dalam tong. - FOTO RTM
GEORGE TOWN,4 September - Cubaan seorang pemandu lori menyeleweng minyak diesel gagal apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas,hari ini.
Ketika serbuan,lelaki terbabit sedang asyik mengisi cecair disyaki diesel ke dalam sebuah tong dram yang berada atas lorinya.
Pengarah KPDN Pulau Pinang,S. Jegan berkata,pihaknya menemui 6 unit tong dram menerusi Ops Tiris 3.0 tersebut.
Tiga unit darinya berisi 594 liter diesel bernilai RM1,888,manakala tiga unit lagi merupakan tong kosong.
Turut disita,sebuah lori dan dokumen resit belian minyak.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM17,308,termasuk rampasan diesel.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tegas Jegan,ketika ini,KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri tersebut.
Ini bagi mengekang ketirisan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur