2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,8 September - Seorang kanak-kanak lelaki,10 tahun ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan berkata,Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada pukul 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.
"Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.
"Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid,Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat," katanya.
Semalam,polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang,Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid,Bukit Beruntung.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur