2024-11-13 HaiPress

Tun Dr Mahathir menyifatkan pemergian Tun Daim Zainuddin sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan
KUALA LUMPUR,13 November- Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian allahyarham.
"Ya Allah,adililah Daim berasas keadilan. Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.
"Saya hanya mampu berdoa,akan kita bersama kembali di masa tertentu,Amin,Ya Rabbal Alamin," kata bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di Facebook.
Tun Daim menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 86 tahun di Hospital Assunta,Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991,dan kali kedua pada 1999-2001.
BERITA BERKAITAN
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Kerajaan ucap takziah atas pemergian Tun Daim
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur