2024-11-13 HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SHAH ALAM,13 November- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,bertitah menegaskan sikap prasangka di antara satu sama lain bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat,malah turut menggagalkan usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu.
“Kita telah berjaya melawan virus COVID-19,tetapi ada satu lagi virus yang kita masih gagal untuk mengatasi iaitu virus perpecahan.
“Lebih mendukacitakan apabila sesuatu isu dipolitikkan oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada situasi lebih sukar,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja bersempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.
Justeru,Seri Paduka Baginda bertitah jika hendak mengubah nasib bangsa dan negara,semua pihak dari generasi muda sehinggalah kepada pegawai kerajaan dan ahli politik mestilah berani melakukan perubahan terhadap diri sendiri.
Pada majlis itu,Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM yang ketujuh.
Turut berangkat ke istiadat hari ini ialah Pro-Canselor UitM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur