2024-11-18 HaiPress

Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
DUBAI,17 November- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024,bakal memanfaatkan jaringan pasaran 20 pembeli premium menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,peluang itu membolehkan syarikat tempatan menembusi pasaran global dengan lebih mudah,disokong fasilitasi daripada MATRADE.
Pameran yang julung kali diadakan di luar negara itu turut menampilkan 100 pembeli dari seluruh dunia.
"20 pembeli premium ini,nilai jualan dia melepasi RM28 bilion. Jadi bayangkan kalau 1% boleh dijana daripada 20 syarikat ini sahaja,ia melibatkan jumlah RM280 juta.
"Sebab itulah penyertaan syarikat-syarikat dikatakan pembeli premium ni akan jadi platform kepada pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran-pasaran yang mungkin mereka sukar tembusi secara persendirian. Tapi kerana adanya program seperti MIHAS,ia menjadi landasan untuk mereka melakukan lonjakan lebih tinggi," katanya.
Bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai,250 syarikat tempatan dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman,farmaseutikal,kosmetik dan gaya hidup terlibat dalam pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.
MIHAS@DUBAI diadakan bertepatan dengan Ekspo Organik dan Produk Asli Timur (MENOPE).
Sementara itu katanya,kejayaan penganjuran dan jenama kukuh MIHAS sejak mula diadakan pada 2004 telah memudahcara penyertaan negara dalam satu-satunya acara perdagangan di Timur Tengah dan Afrika Utara itu.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur