2024-11-19 HaiPress

Foto RTM
SHAH ALAM,18 November- Seorang warga emas berusia 65 tahun maut dalam nahas di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim,berkata nahas melibatkan dua kereta dan sebuah bas.
"Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu di lorong paling kiri gagal mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta yang berhenti di lorong tersebut akibat tayar pancit.
"Bas berkenaan melanggar kenderaan terbabit,mengakibatkan seorang lelaki yang berada di belakang keretanya untuk mengambil tayar ganti dari bonet dilanggar.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur