2024-11-19 HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,19 November- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu,Pahang dan Johor hingga 23 November ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan keadaan cuaca tersebut dijangka melanda kawasan Terengganu,Kuantan,Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat,Kluang,Mersing dan Kota Tinggi.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Tanah Merah,Bachok,Machang dan Pasir Puteh serta Pahang (Jerantut,Temerloh,Maran dan Bera),pada tempoh sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Melaka,manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan Kuala Pilah,Jempol dan Tampin serta Johor (Tangkak,Muar,Batu Pahat,Pontian,Kulai dan Johor Bahru) hingga esok.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur