2024-11-20 HaiPress

LIM HUI YING
KUALA LUMPUR,20 November- 144,589 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan Akaun Sejahtera bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung,sejak ia diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata ia melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM44.2 juta.
"Bermula Februari 2024 pula,KWSP telah menambahbaik i-LindungFasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli.
"Ahli KWSP boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk membeli produk insurans konvensional dan takaful untuk perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka," katanya ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Miri,Chiew Choon Man di Dewan Rakyat.
Lim turut menyambut baik cadangan Chiew agar KWSP memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans supaya perlindungan perubatan dapat ditawarkan sehingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan.
Kerajaan menurut beliau,sentiasa komited untuk memperkasakan serta menambah baik program i-Lindung .
Program itu merupakan platform layan diri melalui i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA,ahli boleh membeli produk insurans dan takaful daripada syarikat insurans dan pengendali takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat bagi tempoh perlindungan jangka pendek (1 tahun) dan jangka panjang sehingga 75 tahun.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur