2024-11-20 HaiPress

FOTO BERNAMA
REMBAU,20 November- Kerajaan terus komited memperkasakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi memastikan lepasan tahfiz mampu menjadi sumber daya insani negara yang cemerlang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan berkata usaha itu bagi memastikan golongan huffaz ini dapat memberi sumbangan kepada negara,pada masa sama mengekalkan kebolehan menghafaz al-Quran.
Selain itu,Kerajaan turut mewujudkan pelbagai skim serta inisiatif bagi pelajar tahfiz seperti Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dan TVET Tahfiz.
"Kita ada dasar pendidikan tahfiz negara yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada hari ini yang memberikan tumpuan kepada dasar tahfiz negara.
"Kita ada ramai huffaz kita kena pastikan huffaz kita bukan sekadar menghafaz al-Quran tetapi melahirkan suatu generasi al-Quran generasi madani cendekiawan rabbani," katanya ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Huffaz Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abu Hassan Haji Sail Ke-5.
Melalui dasar tersebut juga,kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional bagi penghafaz al-Quran agar mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur