2024-11-21 HaiPress

FOTO FAIL
JOHOR BAHRU,21 November - Seramai 2,467 pegawai dan anggota polis Johor bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di seluruh negeri itu.
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata,sebanyak 357 aset juga bersedia untuk digerakkan ke lokasi-lokasi terjejas banjir.
"Beberapa siri mesyuarat telah dibuat di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan di peringkat daerah,melibatkan semua agensi.
" Ia bagi membantu usaha mengatasi isu-isu bencana banjir ini,iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),pihak kesihatan,anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),Angkatan Tentera Malaysia (ATM),kita telah mengadakan mesyuarat koordinasi," kata M. Kumar.
Ketika ini,semua anggota polis di negeri Johor kini dibenarkan untuk mengambil cuti bersyarat,dengan syarat mereka perlu kembali bertugas sekiranya berlaku bencana banjir.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur