2024-11-25 HaiPress

Menteri Besar Pahang,Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kanan) ditemui pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024 Peringkat Negeri Pahang/BERNAMA
RAUB,25 November- Kerajaan Pahang memberi jaminan kawasan berhutan seluas 2.06 juta hektar yang mewakili 57 peratus keluasan negeri itu akan dijaga dan tidak akan berkurangan.
Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,daripada jumlah tersebut,seluas 1.6 juta hektar merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diuruskan berdasarkan Amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.
"Saya harap ia dapat diteruskan malah dipertingkatkan lagi. Saya juga ucapkan terima kasih pada ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,wakil timbalan pengarahnya ada bersama dengan kita hari ini.
Kerajaan negeri juga telah mewartakan seluas 645,751 hektar ataupun 40 peratus kawasan HSK ini sebagai hutan perlindungan yang mana tidak boleh disentuh untuk kerja-kerja pengusahasilan hutan.
Fakta itu meletakkan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri-negeri Semenanjung Malaysia," kata Wan Rosdy sempena Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024 Peringkat Negeri Pahang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub,Pahang.
Tambahnya,penggunaan teknologi seperti satelit,dron dan sistem pengesanan jarak jauh kini membantu dalam memantau kawasan hutan serta mencegah pencerobohan secara lebih efisien.
Dalam pada itu,beliau menjelaskan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyumbangkan hampir RM100 juta hasil kutipan hutan,yang turut menyumbang kepada kejayaan kutipan negeri sebanyak RM1.144 bilion sehingga November.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur