2024-11-25 HaiPress

Timbalan Menteri KKR,Datuk Seri Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR,25 November – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM9.7 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah,Timbalan Menteri KKR,Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahmad berkata,peruntukan tambahan itu bagi penyelenggaraan lampu jalandan lampu isyarat di negeri tersebut.
Katanya,penyenggaraan kerja dilaksanakan secara berfasa,dengan RM7 juta diperuntukkan bagi fasa pertama.
Manakala fasa kedua membabitkan tambahan RM2.7 juta yang telah diluluskan pada Ogos lalu.
"Melalui peruntukan ini,banyak lampu jalan telah dibaiki,dan masalah jalan gelap di kawasan berisiko telah diambil tindakan. Penyenggaraan dan penambahbaikan lampu-lampu jalan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan peruntukan kerajaan," katanya di Dewan Rakyat Hari ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa peruntukan tambahan akan dipohon dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Sabah.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur