2024-11-30 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 November- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkat untuk hari kelima berturut-turut dan ditutup tinggi pada Jumaat berikutan banjir yang teruk di Pantai Timur Malaysia.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata beberapa ladang sawit terjejas akibat banjir yang berterusan dengan pengeluaran MSM dijangka terjejas.
“Kami mengesan harga MSM disokong pada RM4,950 dan paras halangan pada RM5,200,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Disember 2024 melonjak RM178 kepada RM5,238 satu tan,Januari 2025 meningkat RM160 kepada RM5,125 satu tan dan Februari 2025 naik RM135 kepada RM5,020 satu tan.
Kontrak Mac 2025 meningkat RM110 kepada RM4,903 satu tan,April 2025 menambah RM81 kepada RM4,772 satu tan dan Mei 2025 naik RM56 kepada RM4,640 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 109,758 lot daripada 80,733 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 227,559 kontrak daripada 226,776 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan menambah RM200 kepada RM5,300 satu tan. -BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur