2024-12-01 HaiPress

FOTO RTM
ALOR SETAR,1 Disember-Keadaan banjir yang semakin burukdi kawasan Anak Bukit,Kedah turut menyebabkan pejabat Kerajaan Persekutuan di Wisma Persekutuan,Pusat Pentadbiran Bandar Muadzam Shah,Kampung Anak Bukit ditutup.
Antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menutup sementara tiga pejabatnya di Kedahmulaihari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Khidmat Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,penutupan membabitkan pejabat HASiL di Alor Setar dan UTC Alor Setar,serta pejabat satelit di Kubang Pasu.
Pejabat berkenaan hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih serta selamat dan mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.
Selain itu notis penutupan turut dipaparkan pada pejabat Kerajaan Persekutuan lain yang terletak di Wisma Persekutuan Anak Bukit antaranya Jabatan Tenaga Kerja Kedah,Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Kedah,Pejabat Bahagian Penguatkuasan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri KDN dan Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah.
Turut ditutup bagi memastikan keselamatan semua pihak operasi dan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia yang terletak di bangunan KDN .
.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur