2024-12-01 HaiPress

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di pusat permindahan sementara (PPS) di SMK Kepala Batas,Kedah
ALOR SETAR,1 Disember - Kemudahan kesihatan termasuk ubat-ubatan bagi merawat pesakit di kawasan teruk dilanda banjir di Kelantan,Terengganu dan Kedah adalah mencukupi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau perkembangan semasa dan keperluan fasiliti yang diperlukan.
"Saya mendapat laporan yang hampir dengan masa sebenar kerana kita ada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) yang beroperasi hampir 24 jam,kemas kini. Jadi saya tahu keadaan di Kelantan adalan buruk,mudah-mudahan semuanya baik-baik saja," kata Dr Dzulkefly.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pusat permindahan sementara (PPS) di SMK Kepala Batas,di sini.
Dalam perlembangan sama,beliau memaklumkan kementeriannya turut menghantar pasukan perubatan dari beberapa buah negeri yang tidak terkena musibah banjir bagi membantu keperluan pesakit dalam kalangan penduduk terjejas .
Kedah antara negeri teruk terjejas banjir dan sehingga kini Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah memaklumkan penduduk yang terjejas banjir melebihi 8,000 orang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur