2024-12-02 HaiPress

Fadhlina Sidek meninjau sekolah-sekolah terjejas banjir di Pasir Mas
PASIR MAS,2 Disember- Kementerian Pendidikan (KPM) akan mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada musim selain musim tengkujuh.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata,maklum balas tersebut akan diteliti dan diperhalusi dengan lebih mendalam sebelum keputusan dibuat.
"Kita akan pertimbangkan,saya fikir perkara itu perlu mendapat maklum balas. Jadi kita boleh lihat dan perhalusi kerana kerana ketika ini jadualnya memang begitu.
"Peperiksaan SPM akan diadakan pada hujung tahun dan kita berdepan dengan cuaca seperti ini. Jadi perkiraan itu kita akan cuba untuk pertimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sekolah-sekolah terjejas banjir di sini hari ini.
Sebelum ini pelbagai pihak meminta KPM untuk mempertimbangkan penangguhan peperiksaan SPM susulan cuaca buruk dan kejadian banjir yang melanda beberapa buah negeri.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan berkenaan kementerian sedang menunggu laporan lengkap dari Pejabat Pendidikan Negeri dan daerah berhubung kerosakan sekolah terjejas akibat banjir.
Pada masa sama pihaknya juga akan memastikan segala kerosakan berhubung perkara itu akan dibaiki dengan kadar segera.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur