2024-12-04 HaiPress

Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perhimpunan Bulanan Disember dan Sambutan Hari Inovasi KKDW di Putrajaya hari ini/RTM
PUTRAJAYA,4 Disember- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melancarkan Tabung Derma Kilat Bantuan Banjir sebagai usaha untuk meringankan beban penduduk yang terjejas bencana itu di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tabung berkenaan bertujuan untuk menyediakan sumbangan kewangan dan keperluan harian kepada mereka yang terlibat.
Ahmad Zahid yangjuga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Disember dan Sambutan Hari Inovasi KKDW di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa KKDW akan menyediakan rumah baharu serta membaik pulih kediaman yang rosak akibat banjir terutama di kawasan desa.
Usaha itu sebagai sebahagian inisiatif pascabanjir yang digerakkan bersama jabatan,agensi dan anak syarikat bawah kementerian itu.
Tambah beliau,inisiatif itu termasuk penubuhan Skuad Ihsan MADANI yang akan memberi tumpuan kepada usaha pemulihan selepas banjir.
"Marilah kita tubuhkan Skuad Ihsan MADANI secara menyeluruh di peringkat kementerian,agensi,dan anak-anak syarikat untuk memberi tumpuan kepada usaha pascabanjir dalam membantu keluarga penduduk yang terjejas," katanya.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur