2024-12-04 HaiPress

Lukanisman Awang Sauni
KUALA LUMPUR,4 Disember- Masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menunjukkan peningkatan mendadak,dengan jumlah kes pada tahun lalu mencatatkan seramai 922,318 orang,berbanding hanya 424,000 orang pada tahun 2019.
Data tersebut diperoleh daripada Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni mengakui bahawa peningkatan dua kali ganda tersebut amat membimbangkan terutama melibatkan golongan kanak-kanak,remaja dan belia.
Selain itu,beliau turut menekankan bahawa peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini merupakan isu yang perlu diberikan perhatian segera.
"Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan,68 hospital,dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI). Selain itu,200 pegawai psikologi (Kaunseling) 'Contract For Service' (CFS) turut ditempatkan di daerah dan Klinik Kesihatan.
"KKM juga berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang tahun 2027,berbanding 18 orang yang ada pada masa ini di hospital KKM," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ledang,Syed Ibrahim Syed Noh.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur