2024-12-05 HaiPress

IPOH,5 Disember- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion yang juga merupakan yang tertinggi dalam sejarah negeri itu.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata belanjawan berkenaan dibahaskan selama empat hari oleh 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada 19 ADUN daripada blok kerajaan dan 26 ADUN daripada blok pembangkang.
"Dimurnikan dengan pelbagai pandangan dan teguran membina sekali gus menyerlahkan kematangan kita di Perak untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan ideologi kepartian.
"Saya mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan ahli yang berhormat atas dokongan. Sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang yang rata-ratanya senada menyokong Belanjawan 2025 yang saya bentangkan pada 29 November lalu," katanya.
Dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 Saarani turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM14,000 kepada semua pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Belanjawan Negeri Perak bertemakan Pelan Perak Sejahtera 2030 ‘Perak Makmur,Rakyat Sejahtera’ meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan sebanyak RM538 juta.
Sementara itu,persidangan DUN Perak pagi tadi juga menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat,Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar sekali lagi dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Perak untuk tempoh tiga tahun.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur