2024-12-06 HaiPress

Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Fairul Nizam Roslan
AYER KEROH,6 Disember- Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka akan diteruskan dengan skala lebih besar pada tahun hadapan.
Exco Sains,Inovasi dan Komunikasi Digital negeri,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,pihaknya menyasarkan kira-kira 500 idea inovasi baharu akan dipertandingkan.
Ia selepas melihat kejayaan penganjuran tahun ini yang mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 120 produk dan idea inovasi.
"Ini jadi salah satu langkah permulaan kita menambah baik lagi penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka yang kita diadakan pada setiap tahun dengan kerjasama RICE Melaka@UTeM," katanya.
Tambahnya,produk inovasi dan reka cipta yang berpotensi akan diketengahkan dan dikomersialkan dalam pasaran.
Sementara itu,pelbagai produk dan rekaan diketengahkan dalam Program Hari Inovasi Negeri Melaka 2024.
Ia sekali gus memberi pendedahan latihan asas kemahiran dan daya idea kreatif yang mampu dihasilkan golongan pelajar.
Pada program tersebut,produk sabun untuk pesakit eczema yang dihasilkan pelajar Sekolah Kebangsaan Merlimau 2,Fatin Nur Irdina Maisarah Raman memenangi kategori pembentang terbaik.
Fatin Nur Irdina Maisarah Raman dariSekolah Kebangsaan Merlimau 2 memenangi kategori pembentang terbaik menerusi penghasilan produk sabun eczemaKes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur