2024-12-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,6 Disember- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat,menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini,kata penganalisis.
Pada 8.02 pagi,nilai ringgit meningkat kepada 4.4145/4300 berbanding dolar AS daripada paras 4.4250/4305 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS menyaksikan penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut,aliran yang tidak berlaku sejak September ketika peniaga memilih untuk mengurangkan kedudukan dolar AS menjelang penguman data laporan NFP.
“Tindakan itu mungkin menandakan permulaan corak bermusim apabila pengeksport korporat dan tempatan meningkatkan aktiviti menjual dolar AS.
“Dinamik ini boleh menjadi lebih ketara,terutama jika Rizab Persekutuan AS memilih untuk mengurangkan kadar faedah pada Disember susulan potensi kenaikan kadar faedah Bank of Japan dan Bank Pusat Eropah," katanya kepada Bernama.
Dalam masa semalaman,yuan China di luar pesisir juga mencatat kenaikan berbanding dolar AS yang lemah secara meluas.
Innes berkata kesemua gabungan faktor itu hanya menyuntik sokongan terhadap ringgit yang dibuka mengukuh,sekali gus membayangkan potensinya di masa akan datang apabila pasaran mata wang global dan tempatan dilaras semula sebagai tindak balas terhadap perubahan landskap dasar monetari dan corak dagangan yang bermusim.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.6316/6514 daripada 5.6286/6356,rendah berbanding euro kepada 4.6719/6883 daripada 4.6586/6644 semalam namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9385/9490 daripada 2.9439/9478 sebelum ini.
Unit tempatan itu kebanyakannya meningkat berbanding mata wang ASEAN,termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2976/3094 daripada 3.2985/3029 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.66 daripada 7.64/7.66.
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 12.9423/9991 daripada 12.9462/9710 semalam dan berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/279.4 daripada 278.9/279.4 sebelum ini.- BERNAMA
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur