2024-12-09 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,7 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan pada harga semasanya,kata Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes.
Beliau berkata,disebabkan ketiadaan kekacauan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang ketara,emas mungkin kekal terperangkap dalam julat semasanya iaitu di antara US$2,625 hingga US$2,675 setiap auns troy pada minggu hadapan selain menunggu pemangkin pasaran yang muktamad.
"Data pekerjaan yang lebih lemah daripada jangkaan boleh membangkitkan semula harapan untuk penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Januari,yang berpotensi memberikan emas rangsangan yang sangat diperlukan," katanya kepada Bernama.
Innes berkata kilauan emas telah berkurang dengan ketara apabila spekulator wang pantas beralih tumpuan mereka kepada pasaran kripto yang lebih tidak menentu.
“Tunjang tradisional yang pernah menyokong emas iaitu penurunan kadar Fed yang agresif,dolar AS yang semakin lemah,kebimbangan kemelesetan dan statusnya sebagai lindung nilai geopolitik,telah hilang sepenuhnya berikutan tempoh peralihan yang agak lancar di bawah Presiden Donald Trump yang akan datang.
"Penurunan indeks kebimbangan utama seperti VIX dan MOVE Index telah secara efektif mengehadkan sebarang potensi lonjakan harga emas," katanya.
Untuk minggu yang baru berakhir,niaga hadapan emas menunjukkan aliran yang bercampur-campur,turun naik antara mencerminkan momentum Bursa Komoditi New York (COMEX) AS selain permintaan yang suram.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih rendah kepada US$2,653.8 setiap auns troy daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas,tetapi kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,666.0 daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas.
Sementara itu,kontrak Februari 2025,Mac 2025,April 2025 dan Mei 2025 juga ditutup lebih tinggi pada US$2,678.10 setiap auns troy daripada US$2,659.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan merosot kepada 69 lot daripada 127 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 23 kontrak daripada 22 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 5 Dis,2024,harga emas fizikal berada pada US$2,640.15 setiap auns troy.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur