2024-12-11 HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P Prabakaran ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen
KUALA LUMPUR,11 Disember - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) membuka permohonan Program Khas Tajaan Biasiswa Penuh atau Separa bagi pengajian doktor perubatan bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P Prabakaran berkata,ia mensasarkan pelajar india daripada keluarga B40,lepasan Program Matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 dan 2024.
Katanya,permohonan dibuka hingga 17 Disember 2024.
"Universiti perdana akan menawarkan dua enis biasiswa penuh kepada 10 pelajar dan separa biasiswa kepada 40 pelajar dan ditanggung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Insiatif ini salah satu langkah proaktif MITRA dalam memperluaskan usaha pembangunan masyarakat India melalui jalinan kerjasama strategik bersama-sama syarikat atau pertubuhan atas kapasiti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Semua pelajar lepasan matrikulasi dan STPM 2023 2024 yang berminat untuk menyambung pengajian doktor perubatan boleh membuat permohonan bermula 11 Disember 2024 hingga 17 Disember 2024. Untuk maklumat lanjut boleh email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," kata P Prabakaran.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen.
Kriteria lain termasuklah pelajar telah menamatkan pengajian diperingkat Matrikulasi bagi sesi 2023/2024. Manakala bagi lepasan STPM perlulah mempunyai CGPA 3.5 keatas dan mengambil aliran sains.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur