2024-12-18 IDOPRESS

Lukanisman Awang Sauni / Foto RTM
KUALA LUMPUR,18 Disember- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan pengisian jawatan secara tetap terus dilaksanakan secara berterusan di fasiliti kesihatan seluruh negara.
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni,berkata KKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif inklusif bagi memperkasa sumber manusia dalam sektor kesihatan untuk menangani krisis kekurangan tenaga kerja.
"Antara langkah yang diambil termasuk pemetaan perjawatan pakar perubatan berdasarkan bidang kepakaran dan subkepakaran,serta kedudukan pakar residen di hospital.
"Usaha ini bertujuan memudahkan perancangan,mobilisasi,dan perkembangan perkhidmatan kepakaran di KKM.
"KKM turut melaksanakan konsep kluster perkhidmatan kepakaran mengikut wilayah dan kluster hospital.
"Ia bagi mengoptimumkan perkongsian sumber antara hospital dalam kluster serta pakar perubatan dan pegawai perubatan menyampaikan perawatan perubatan dalam lingkungan kluster yang ditetapkan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator,Prof. Tan Sri Dr. Mohamed Haniffa Abdullah di Dewan Negara di sini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur