2024-12-19 HaiPress

Foto JPBN Sarawak
KUCHING,19 Disember- Seramai 68 penduduk dari 14 keluarga di Kampung Sungai Berdaun terjejas berikutan banjir malam tadi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua penduduk terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Dewan Sungai Bedaun.
"Kejadian itu dilaporkan berlaku akibat pertembungan antara air pasang dan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
"Operasi pemindahan yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching sekitar pukul 9.50 malam," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu pemantauan akan terus dijalankan bagi memantau situasi semasa.
Sementara itu Ketua Kampung Sungai Bedaun Abang Abdul Nasir Abang Ahmad berkata pemindahan itu perlu dilakukanberikutan kenaikan air mencecah paras dada.
"Kenaikan itu berikutan sistem perparitan dan pam kecil,jadi ia menyukarkan air untuk surut," katanya.
JBPN Sarawak telah menubuhkan pasukan sokongan sejak lewat malam tadi bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Tinjauan RTM di Kampung Sungai Berdaun pagi tadi mendapati paras air semakin surut namun kesemua penduduk terjejas masih ditempatkan di PPS berkenaan sehingga dibenarkan pulang.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur