2024-12-19 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,19 Disember- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan rakan sejawatan dariTurkmenistan,Serdar Berdimuhamedow diKompleks Seri Perdana,Putrajaya.
Berdimuhamedow dan delegasinya yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari,tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri pada pukul 11.00pagi diiringi Perdana Menteri.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali.
Terdahulu,Berdimuhamedow hadir ke majlis sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra,disambut mesra Anwar.
Kedua-keduanya saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,termasuk Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025.
Lawatan delegasi itu menyerlahkan lagi persahabatan yang telah terjalin,sekali gus memperkukuh hubungan Malaysia-Turkmenistan sebagai rakan dagang penting pada masa akan datang.
Antara Januari hingga Oktober lalu,jumlah dagangan Malaysia dengan Turkmenistan meningkat dengan ketara sebanyak 74.8 peratus kepada RM63.28 juta (AS$13.90 juta),berbanding RM36.19 juta (AS$7.91 juta) untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.
Pada tahun 2023,Turkmenistan adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah,dengan jumlah dagangan bernilai 48.62 juta (AS$10.57 juta).
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur