2024-12-23 IDOPRESS

Pengarah Penjara Negeri Sembilan,PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi
SEREMBAN,23 Disember- Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) mendorong para majikan untuk menyumbang kepada masyarakat.
Menurut Pengarah Penjara Negeri Sembilan,PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi,sebanyak 43 majikan dari seluruh negeri itu telah menyertai program berkenaan dengan menggaji prospek dan menyediakan tempat tinggal.
Lebih 90 peratus prospek di bawah Jabatan Penjara Negeri Sembilan yang sedang menjalani program PBSL.
"Sebab itu di Jabatan Penjara,kita sediakan mereka untuk bebas awal dengan tiga perkara utama iaitu jaminan kerja,jaminan tempat tinggal dan jaminnan gaj yang setimpal.
"Seperti hari ini seramai 41 orang dibebaskan dan lain-lain instusi penjara sekali sempena sambutan Krismas sebanyak 524 orang.
"Mereka apabila berada di luar akan bekerja dan kita sama bantu majikan. Jabatan Penjara tidak akan lepas tangan,akan ada sesi latihan seperti mana kawal selia," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Berlesen Ihsan Madani Sempena Hari Krismas di Mantin.
Seramai 41 prospek dilepaskan bawah seliaan sembilan majikan dan keluarga yang terlibat.
Prospek akan bekerja sehingga tarikh akhir dibebaskan.
Di Negeri Sembilan,skeitar 60 hingga 100 prospek dengan hukuman penjara bawah tiga tahun dilepaskan menyertai program PBSL.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur