2024-12-27 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudai tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.20 bilion daripada RM26.04 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM15.80 bilion daripada RM20.76 bilion.
Terdahulu,bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik,satu tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.
Pada pukul 4.00 petang,BNM menawarkan RM31.20 bilion tender pasaran wang konvensional dan RM15.80 bilion tender pasaran wang murabahah untuk tempoh matang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 24 Disember,2024.- BERNAMA
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur