2024-12-27 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 Disember- Pasaran getah tempatan ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh seminggu susulan pengukuhan di pasaran getah serantau yang disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga didorong oleh pakej rangsangan baharu dari China di tengah-tengah kebimbangan bekalan terhad di negara pengeluar utama getah asli termasuk Malaysia dan Thailand berikutan cuaca hujan yang berterusan.
“Bagaimanapun,kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah dagangan yang suram berikutan musim cuti akhir tahun,” katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata,pekebun getah di utara Thailand perlu bersedia dengan ancaman tanaman rosak bermula 26 hingga 27 Dis,manakala di bahagian selatan hujan lebat boleh mengakibatkan banjir kilat bermula 28 hingga 30 Dis.
Harga minyak terus meningkat pada Khamis selepas cuti Krismas mendapat sokongan daripada langkah rangsangan baharu di China dan penurunan inventori minyak mentah di AS.
Setakat ini,harga minyak mentah Brent meningkat 0.39 peratus kepada US$73.88 setong.
Mengikut Lembaga Getah Malaysia,harga SMR 20 melonjak 22.0 sen kepada 877.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada 707.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang,harga SMR 20 berada pada 871.00 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 703.50 sen sekilogram.- BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur