2024-12-29 HaiPress

Gambar hiasan
SIPITANG,28 Disember – Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 hingga 2027,dengan potensi menarik pelaburan berimpak tinggi bernilai lebih RM28 bilion secara berfasa.
Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Hajiji Noor,berkata antara pelaburan utama termasuk pembinaan kilang keluli dan pembangunan kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) Terapung,yang bakal menjadi pemacu utama sektor industri dan tenaga di negeri ini.
Selain itu,projek lain melibatkan Syarikat E-Concern Sdn. Bhd. dengan pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam pengurusan sisa,serta Tex Evolosi Waste Management Sdn. Bhd. dengan nilai RM70 juta.
"Projek ini akan mencipta peluang pekerjaan pada fasa pembinaan awal dan semasa operasi kelak,di samping memberi limpahan ekonomi kepada penduduk Sipitang dan kawasan sekitar.
“Pelaburan ini mencerminkan keyakinan pelabur asing dan domestik terhadap pentadbiran negeri,yang jelas dengan hala tujunya. Tahun ini sahaja,pelaburan bernilai RM1.7 bilion telah diterjemahkan ke dalam ekonomi negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah,Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif,semasa merasmikan Karnival Kesenian,Kebudayaan,Pelancongan dan Makanan Tradisi sempena Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah 2024 di sini.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur