2024-12-29 HaiPress

ultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang sekali gus melakar sejarah pasukan pertama seumpamanya di Malaysia/Foto Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN,28 Disember – Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) Pahang ditubuhkan atas inisiatif Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,untuk melindungi khazanah bersejarah yang tersimpan di dalam Istana Negeri Pahang.
Seramai 48 kakitangan Istana Negeri Pahang telah dilantik sebagai ahli PKKI dan menerima modul latihan asas kebombaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang.
Ketua Pengarah JBPM,Datuk Ts Nor Hisham Mohammad,berkata,PKKI berperanan sebagai pasukan tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan di istana.
Latihan itu sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan harta benda bersejarah yang tidak ternilai.
"Kebanyakan istana menyimpan barang-barang bersejarah yang tidak dapat diganti jika berlaku kebakaran. Kita akan kehilangan nilai sejarah seperti lukisan dan artifak susur galur hierarki keturunan yang hanya terdapat di istana," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran PKKI di sini pada Sabtu.
Katanya,ahli PKKI menjalani latihan kebakaran,pengendalian mangsa kebakaran,rawatan asas pernafasan,dan pengendalian binatang liar serta berbisa.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah yang turut menzahirkan penghargaan kepada JBPM atas khidmat bakti mereka kepada masyarakat.
Baginda bertitah agar penubuhan PKKI bukan sahaja melatih kakitangan dan keluarga istana untuk bersiap sedia menghadapi sebarang tragedi tetapi juga mampu membantu orang lain yang memerlukan.
Pada majlis itu,baginda turut berkenan melancarkan Plak Penghapusan Bahaya sebelum menyaksikan demonstrasi oleh ahli PKKI yang mempamerkan kecekapan mereka dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur