2024-12-29 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 Disember- Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Pada 6.00 petang ini,ringgit diniagakan pada paras 4.4680/4750 berbanding dolar AS,susut sedikit daripada 4.4670/4715 pada akhir dagangan semalam.
Sentimen optimis berterusan mengenai pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS pada tahun depan,juga ternyata memberi sedikit sokongan terhadap sentimen berkenaan.
Selain itu,pemulihan dalam pasaran minyak mentah selepas mengalami penurunan sebelum ini,juga memberi sokongan terhadap mata wang tempatan itu.
Bagaimanapun,Ketua Penyelidik Pelaburan UOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan pasaran mengenai hanya dua pengurangan kadar faedah AS dalam 2025,di tengah-tengah data tuntutan pengangguran AS yang diumumkan semalam,terus menambah tarikan dolar AS.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata berdasarkan perkembangan sebelum ini,dolar AS cenderung lemah pada masa ini,namun jangkaan Presiden Donald Trump melaksanakan tarif hanya meningkatkan lagi ketidaktentuan.
“Saya menjangkakan mata wang Asia,termasuk ringgit akan menyaksikan minggu urus niaga yang berhati-hati dengan urus niaga yang lebih terhad,” katanya.
Dalam pada itu,ringgit ditutup mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8300/8346 daripada 2.8373/8405 semalam,meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5904/5991 daripada 5.5967/6023 dan naik berbanding euro kepada 4.6543/6616 daripada 4.6448/6495.
Ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang ASEAN,termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2846/2900 daripada 3.2875/2913 dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 275.4/276.1 daripada 275.8/276.3.
Berbanding baht Thailand,ringgit susut kepada 13.1023/1289 daripada 13.0340/0543 dan berbanding peso Filipina pada paras 7.72/7.74 daripada 7.70/7.71 sebelum ini. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur