2024-12-29 IDOPRESS

FOTO REUTERS
KUALA LUMPUR,28 Disember- Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang memantau dengan teliti perkembangan susulan kemalangan bas berhampiran Tasik Åsvatnet,Norway,bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terlibat.
Penumpang yang mengalami kecederaan ringan telah dipindahkan ke pusat krisis di dua hotel berdekatan iaitu Hotel Richard di Stokmarknes dan Thon Hotel di Lofoten.
Menerusi kenyataan terkini oleh Wisma Putra,empat rakyat Malaysia disahkan menginap di Thon Hotel,di mana mereka telah disediakan penginapan.
"Bagaimanapun,disebabkan siasatan yang sedang dijalankan,penumpang-penumpang ini tidak dibenarkan menggunakan telefon atau berhubung secara langsung dengan pihak luar. Kakitangan hotel juga tidak dibenarkan menghubungi penumpang.
"Pasukan konsular Kedutaan sedang bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa Norway untuk menentukan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat serta memberikan bantuan yang diperlukan.
"Siasatan yang masih berjalan,ditambah dengan keadaan musim sejuk yang teruk termasuk salji lebat,angin kencang,serta jarak yang jauh sekitar 1,500km dari Oslo telah menimbulkan cabaran logistik yang ketara dalam usaha mengakses dan menyokong individu yang terjejas," jelas Wisma Putra.
Tambah kenyataan tersebut,walaupun menghadapi cabaran ini,Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia tetap komited untuk membantu rakyat Malaysia yang terlibat.
"Kementerian akan terus memantau situasi dengan rapat dan memberikan maklumat terkini apabila ada perkembangan baharu," menurut kenyataan tersebut.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur