2024-12-30 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,30 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.41 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.01 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.5 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.
BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (SBBA) terdiri daripada RM800 juta untuk 31 hari dan RM300 juta untuk 91 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.4 bilion dan RM23.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur