2024-12-31 IDOPRESS

Foto kecil: Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan
KUALA LUMPUR,31 Disember- Indeks utama FBM KLCI dijangka mempamerkan trend meningkat,mencecah 1,800 mata menjelang akhir tahun 2025.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan berkata unjuran disokong beberapa faktor seperti pertumbuhan dalam pendapatan korporat dan dasar pelaburan progresif.
Selain itu,pemulihan dalam ekonomi global,seperti momentum ekonomi China lebih baik serta penurunan kadar faedah Amerika Syarikat,diramal mendorong aliran masuk pelabur ke pasaran tempatan.
"Antara langkah yang boleh diambil untuk mencapai sasaran 2025,yang pertama dengan merangsang pelaburan asing. Maka,kita boleh lihat kerajaan boleh memperluas insentif untuk sektor teknologi,tenaga hijau dan juga digitalisasi.
Kedua,meningkatkan penyertaan domestik. Ini sangat penting kerana ia akan menambah kecairan dalam pasaran saham," kata Mohd Sedek kepada pemberita,hari ini.
Untuk menggalakan penyertaan pelabur runcit dalam pasaran ekuiti,beliau mengesyorkan agar program pendidikan kewangan digiatkan dan pengenaan caj lebih rendah bagi platform pelaburan digital.
Pada masa sama,Malaysia juga boleh memanfaatkan keahlian dalam beberapa perjanjian perdagangan serta menambah baik rangka kerja kawal selia untuk menarik lebih banyak pelabur.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur