2025-01-03 IDOPRESS

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 Januari- Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam himpunan solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya,Isnin ini.
Ia dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perkara itu,tanya Pengerusi Barisan Nasional,Pakatan Harapan tidak terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni pengunjung dan peniaga di pusat penjaja Lestari Niaga MADANI@Wirawati di Kampung Pandan.
Sebelum ini,media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata perhimpunan tersebut merupakan satu bentuk sokongan dan setia kawan ahli terhadap Datuk Seri Najib yang juga bekas presiden parti itu.
Sementara itu,Datuk Seri Anwar memaklumkan,konflik yang timbul antara Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP,Lim Guan Eng hanyalah membabitkan isu kecil sahaja.
Beliau berkata,berkata perkara itu bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.
Penjelasan itu berhubung kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid yang mengingatkan Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama membentuk Kerajaan Perpaduan dan memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur