2025-01-06 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik),Nasaruddin Abdul Muttalib (KIRI) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Datuk Che Roslan Che Daud ketika ditemui pada perlawanan persahabatan "Bowls,Beats & Buddies" di Ampang,hari ini
KUALA LUMPUR,5 Januari- Semangat perpaduan dan kesalinghubungan diserlahkan melalui perlawanan persahabatan "Bowls,Beats & Buddies" antara Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia (KKS RTM) dan Kelab Kebajikan dan Sukan Perpaduan Putrajaya (KESPADU) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Kejohanan persahabatan tersebut bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara agensi dalam menyebar agenda perpaduan dalam jangka masa panjang,malah ia juga menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
KKS RTM dan KESPADU masing-masing menghantar 16 peserta pada perlawanan yang diadakan di Ampang,Selangor itu.
"Saya percaya bahawa program program sosial begini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan juga kerjasama strategik antara RTM dengan jabatan-jabatan yang selalunya memang memerlukan pihak media untuk hebahan dan juga publisiti bagi program-program yang diaturkan," kata Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik),Nasaruddin Abdul Muttalib.
"Aktiviti yang kita buat adalah merupakan satu tapak integrasi apabila kita buat event seperti ini,dia merupakan tapak integrasi dan juga tapak tapak perpaduan yang kita bina bagi mewujudkan satu hubungan yang baik dan akhirnya menatijahkan kesepaduan," jelas Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Datuk Che Roslan Che Daud.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur