2025-01-06 HaiPress

Foto RTM
KOTA BHARU,5 Januari- Seramai 79 pelajar orang asli dari dua sekolah di Gua Musang,Kelantan menerima sumbangan kelengkapan sekolah bersempena dengan Program Shopping Back to School.
Barangan tersebut disumbangkan Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM Kelantan) kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Lah dan SK Pasir Linggi termasuk lima pelajar anak yatim dari SK Bunut Payong di sini.
Yang DiPertua PAYATIM Kelantan,Mhd. Nor Jusoh berkata,program bantuan persekolahan itu merupakan satu usaha bagi menyantuni komuniti setempat,selain menggalakkan masyarakat orang asli menghantar anak-anak ke sekolah.
“Kami memperuntukkan RM350 bagi setiap orang. Jadi,kita akan lihat secara keseluruhan kerana mungkin Mydin akan memberikan diskaun harga kepada kita.
"Namun,dengan peruntukan yang kami sediakan,mereka boleh melengkapkan dua pasang pakaian lengkap dengan beg serta seluar untuk bersukan dan sebagainya," katanya pada pemberita pada Program Shopping Back To School Pelajar Orang Asli dari SK Kuala Lah dan SK Pasir Linggi di sebuah pasar raya di sini.
Mengulas lanjut katanya,kesemua pelajar berkenaan turut diberikan pengalaman baru menaiki kereta api sehingga ke Wakaf Bharu,Tumpat dan menaiki bas ke pasar raya terbabit.
Sejak 2019 hingga kini,pihaknya telah membantu lebih 500 komuniti orang asli dalam pelbagai bantuan termasuk pakaian dan bantuan makanan.
Sementara itu,bagi pelajar,bantuan yang diterima itu menjadikan mereka lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah.
"Perasaan saya,saya rasa gembira beli baju,sekolah,kasut dan pelbagai barangan sekolah," kata pelajar,Mohamad Hairin Along.
"Terima kasih kerana bagi baju sekolah. Saya gembira dan bersemangat nak pergi sekolah,” kata pelajar,Vaniza Oliviana Ahmad Faizal.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur